Thursday, January 28, 2010

Thursday, January 14, 2010

Jumaat Oh Jumaat

Salam Jumaat untuk semua saudaraku, bercerita pasal hari Jumaat ni, banyak peristiwa penting berlaku dalam sejarah islam, namun sejak akhir-akhir ini kita selalu mengalami peristiwa penting pada hari Jumaat bermula dengan Hari Raya Qurban, 27hb November 2009, Awal Muharram 18 Disember 2009, Xmas 25hb, Gerhana Bulan lepas Hari Jumaat, Hari ini Gerhana Mataharipun Hari Jumaat, dan tarikh akan datang juga jatuh pada Hari Jumaat, 26 Februari 2010 Maulud Nabi, 28 Mei 2010 Hari Wesak, 10 September 2010 Hari Raya Puasa, dan last sekali Deepavali 5 November 2010 juga Hari Jumaat. Mungkin semua ini adalah kebetulan, namun sebagai orang Islam, saya rasa apa yang telah Allah tetapkan ini ada hikmahnya, marilah kita semua betulkan niat, pertingkatkan amalan mulia, demi agama, diri, keluarga dan bangsa. Mungkin Allah telah bagi isyarat kepada kita supaya bertaubat selagi pintu taubat masih terbuka..jangan lepaskan peluang yang Allah bagikan kepada kita ini. Selamat beramal...

5 Peristiwa Penting Berlaku Pada Hari Jumaat

1. Allah menciptakan Adam manusia pertama
2. Allah mengusir Adam dari Syurga ke Bumi
3. Allah mewafatkan Adam
4. Ada satu saat yang bila hamba meminta kepadaNya pasti akan dikabulkan oleh Allah pada saat tersebut.
5. Terjadinya kiamat (HR Ahmad, Abu Dawud)