Monday, January 26, 2009

Download Zikir Munajat dan Doa MP3

Jika anda berminat untuk muat turun zikir munajat dan doa dalam bentuk mp3 anda boleh klik link ini : http://doamunajat.com.my selepas muat turun anda boleh save dalam pc atau hp dan anda boleh mendengar serta hafal doa tersebut.

Sunday, January 25, 2009

Laman Web Audio Video Arab & Islam

Saya telah membeli sebuah buku hasil tulisan Dr. Abdul Rauf Dato' Hj. Hasan, beliau merupakan seorang pensyarah teknologi maklumat di UPM. Buku tersebut bertajuk "Pencarian Laman Web Audio Video ARAB DAN ISLAM diterbitkan oleh VENTON PUBLISHING (M) S/B. Saya mahu kongsikan sedikit isi buku tersebut, dimana dalam buku ini penulis telah menyediakan 9 unit atau 9 bab berkaitan alamat laman-laman web yang berkaitan dengan audio dan video arab serta islam. Setiap bab mempunyai sehingga 10 laman web. Menarik tentang laman web yang dicadangkan ialah kita boleh mendengar atau menonton audio mahupun video secara terus tanpa perlu muat turun fail berkenaan, disamping itu juga kita boleh muat turun fail berkaitan jika kita berminat. Saya sertakan beberapa alamat web tersebut untuk rujukan anda. Saya syorkan anda dapatkan buku tersebut untuk mendapatkan beribu laman web islam.

1. www.jebril.com web ini merupakan web rasmi qari terkemuka Mesir, iaitu al-Sheikh Muhhhammad Jibril. Disini ada beberapa menu audio al-Quran antaranya:-
  1. Audio Al-Quran Murattal
  2. Audio Al-Quran Mujawwad
  3. Radio Al-Quran dan banyak lagi
2. www.3lsooot.com laman ini merupakan antara laman web yang terbaik memberikan perkhidmatan mengenai audio ceramah dan pengajian islam.

3. www.islamway.com laman web ini merupakan web percuma terbaik memberikan perkhidmatan dalam audio al-Quran. Dengan mengklik butang al-Quran al-Karim disebelah kanan laman web tersebut anda akan disajikan dengan ratusan qari al-Quran yang membaca 30 juzuk al-Quran.

4. Bagi yang berminat untum mendengar nasyid dan menonton klip video nasyid arab berkaitan islam bolehlah melawat laman ini http://inshad.sh2soft.net/Video_Clip.h

Sila klik link hijau di atas. Selamat Mencuba


Monday, January 12, 2009

Segarkan Minda Kita Dengan Ilmu Akhirat

Sebagai insan biasa kita sentiasa melakukan kesalahan dan juga cepat lupa diri. Oleh itu kita boleh refresh (segarkan kembali) minda dan semangat kita dengan mendengar ceramah dan kuliah agama. Kita boleh muat turun fail ceramah berkenaan dan kita boleh memasang ceramah berkenaan dalam kereta. Marilah kita ubah kebiasaan kita mendengar lagu-lagu yang tidak membina minda dengan mengantikan mendengar ceramah yang lebih berfaedah.
Anda boleh muat turun fail ceramah sekarang sila klik kat bawah ini.
Saya link fail ceramah tersebut dari blog berkenaan http://www.maktabaty.blogspot.com/