Saya telah membeli sebuah buku hasil tulisan Dr. Abdul Rauf Dato' Hj. Hasan, beliau merupakan seorang pensyarah teknologi maklumat di UPM. Buku tersebut bertajuk "Pencarian Laman Web Audio Video ARAB DAN ISLAM diterbitkan oleh VENTON PUBLISHING (M) S/B. Saya mahu kongsikan sedikit isi buku tersebut, dimana dalam buku ini penulis telah menyediakan 9 unit atau 9 bab berkaitan alamat laman-laman web yang berkaitan dengan audio dan video arab serta islam. Setiap bab mempunyai sehingga 10 laman web. Menarik tentang laman web yang dicadangkan ialah kita boleh mendengar atau menonton audio mahupun video secara terus tanpa perlu muat turun fail berkenaan, disamping itu juga kita boleh muat turun fail berkaitan jika kita berminat. Saya sertakan beberapa alamat web tersebut untuk rujukan anda. Saya syorkan anda dapatkan buku tersebut untuk mendapatkan beribu laman web islam.
1.
www.jebril.com web ini merupakan web rasmi qari terkemuka Mesir, iaitu al-Sheikh Muhhhammad Jibril. Disini ada beberapa menu audio al-Quran antaranya:-
- Audio Al-Quran Murattal
- Audio Al-Quran Mujawwad
- Radio Al-Quran dan banyak lagi
2.
www.3lsooot.com laman ini merupakan antara laman web yang terbaik memberikan perkhidmatan mengenai audio ceramah dan pengajian islam.
3.
www.islamway.com laman web ini merupakan web percuma terbaik memberikan perkhidmatan dalam audio al-Quran. Dengan mengklik butang al-Quran al-Karim disebelah kanan laman web tersebut anda akan disajikan dengan ratusan qari al-Quran yang membaca 30 juzuk al-Quran.
4. Bagi yang berminat untum mendengar nasyid dan menonton klip video nasyid arab berkaitan islam bolehlah melawat laman ini
http://inshad.sh2soft.net/Video_Clip.hSila klik link hijau di atas. Selamat Mencuba